
Sabtu, 9 April 2011
PENGENALAN

TUJUAN PENGANJURAN PROGRAM AMAL ISLAMI 2010-2012
- Mewujudkan satu komuniti pelajar Kolej MARA Banting yang bukan sekadar mengetahui tetapi mampu mempraktikkan ilmu yang dimiliki terutamanya berkaitan dengan hukum halal dan haram seperti sembelihan.
- Mengeratkan ukhuwah antara pelajar-pelajar Kolej MARA Banting yang terdiri daripada gabungan empat buah kelas melalui aktiviti-aktiviti yang memerlukan komunikasi dan kerjasama yang erat antara satu sama lain.
- Memberi peluang kepada para pelajar untuk menyertai aktiviti yang dirancang dan diuruskan sendiri sepenuhnya oleh pelajar di samping membentuk sikap berdikari dan mencungkil sifat kepimpinan dalam diri pelajar.
- Menunjukkan kepada pelajar tentang cara sebenar Islam berfungsi dalam kehidupan seharian sekali gus membuktikan bahawa Islam itu adalah agama yang syumul dan mudah dipraktikkan.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA AMAL ISLAMI 2010-2012
Penaung : Pn Noraini binti Ab. Rahman
Penasihat : Ustaz Abdul Jamir bin Md Saad
Pengurus projek : Muhammad Zaid bin Mohamad Nasir
Timbalan pengurus projek : Megat Adlan Sufri bin Megat Majid
Ahmad Akmal bin Jaafar
Wan Mohamad Fahmi bin Mohamad
Faisal
Faisal
Muhammad Qaiyyim bin Amir
Setiausaha : Muhammad Badrul Amin bin Saibu
Atheerah binti Azman
Bendahari : Faiz bin Hassim
Nur Farhanah binti Riffin
TENTATIF PROGRAM AMAL ISLAMI 2010-2012
5 MAC 2011
MASA | AKTIVITI |
- 9.30 PAGI - 10.00 PAGI - 11.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI - 1.00 PETANG - 2.30 PETANG - 4.30 PETANG - 7.00 MALAM - 9.00 MALAM - 11.00 MALAM - 12.30 TENGAH MALAM | - BERKUMPUL DI DEPAN SURAU - BERTOLAK DARI KOLEJ MARA BANTING - TIBA DI BAGAN LALANG BEACH RESORT - BERKEMAS DAN MAKAN TENGAH HARI - BRIEFING AMAL ISLAMI - SOLAT ZOHOR BERJEMAAH - SEMBELIHAN - taklimat amali sembelihan - amali sembelihan mengikut kumpulan, penyediaan ayam untuk diperam - SOLAT ASAR BERJEMAAH - TAZKIRAH ASAR - MAATHURAT - REKREASI DI PANTAI - PERSIAPAN UNTUK MEMASAK - BERSIHKAN DIRI - SOLAT MAGHRIB - TAZKIRAH MAGHRIB - SOLAT ISHA’ BERJEMAAH - MAKAN MALAM (BBQ) - SIMULASI PERANG BADAR (PEREMPUAN DIASINGKAN DARIPADA LELAKI) - TIDUR |
PELAKSANAAN MODUL SEMBELIHAN
Modul sembelihan dilaksanakan bagi mendedahkan kepada para pelajar tentang cara-cara yang betul untuk menyembelih binatang supaya senang unuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Hal ini penting bagi menyediakan para pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara nanti dan bagi mengelakkan kekeliruan tentang hukum-hukum bagi penyembelihan binatang al-an’am. Dalam module ini, sebanyak 18 ekor ayam akan disembelih di mana para pelajar akan melakukaannya di dalam kumpulan masing-masing seperti yang terdapat dalam lampiran. Setiap kumpulan akan diberikan 2 ekor ayam untuk disembelih dan 2 ekor lagi adalah untuk demonstrasi.
Para peserta sedang menjalani amali sembelihan
QIAMULLAIL
Aktiviti qiamullail yang dilakukan pada hari kedua program berjalan dengan lancar. Para pelajar dikejutkan dari tidur sekitar jam 5 pagi dan bergerak ke surau untuk qiam secara berjemaah. Terdapat beberapa pengisian yang dilakukan bersama imam yang dilantik dan berlanjutan hingga ke solat subuh.
Langgan:
Catatan (Atom)