Sabtu, 9 April 2011

PELAKSANAAN MODUL SEMBELIHAN

Modul sembelihan dilaksanakan bagi mendedahkan kepada para pelajar tentang cara-cara yang betul untuk menyembelih binatang supaya senang unuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Hal ini penting bagi menyediakan para pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara nanti dan bagi mengelakkan kekeliruan tentang hukum-hukum bagi penyembelihan binatang al-an’am. Dalam module ini, sebanyak 18 ekor ayam akan disembelih di mana para pelajar akan melakukaannya di dalam kumpulan masing-masing seperti yang terdapat dalam lampiran. Setiap kumpulan akan diberikan 2 ekor ayam untuk disembelih dan 2 ekor lagi adalah untuk demonstrasi.

Para peserta sedang menjalani amali sembelihan 

Atur cara amali sembelihan adalah seperti berikut :

1)      Ketua bagi amali sembelihan ialah Muhammad Izuddin bin Badaruddin
2)      Setiap kumpulan akan diwakili oleh 4 orang yang akan melakukan sembelihan.
3)      Setelah semua ayam selesai disembelih, ia akan dibasuh dan dipotong kepada 12 bahagian oleh ahli-ahli kumpulan masing-masing.
4)      Ayam yang dah siap dipotong akan diserahkan kepada kumpulan catering untuk diperam dan bersedia untuk dibakar.
5)      Peralatan yang dibawa untuk amali ini ialah :

·         Parang -8 bilah
·         Periuk Besar-1biji
·         Pisau memotong ayam- 20 bilah
·         Besen- 5
·         Rempah untuk memeram – untuk 18 ekor ayam
·         Baldi-10
·         Berbeque set -2 Set
·         Arang- 2 Paket
·         Starter – 1 Paket

SEMBELIHAN

Modul sembelihan merupakan modul pertama yang dilaksanakan sebaik sahaja semua peserta sampai di kem program Amal Islami. Modul ini dikendalikan oleh beberapa orang ahli jawatankuasa. Sebanyak 20 ekor ayam hidup telah ditempah daripada pembekal modul dimulakan setelah selesai solat Zohor berjemaah di belakang gelanggang tenis di kem tersebut.

Individu yang terlibat dalam menjayakan modul ini termasuklah Encik Hassannuddin yang merupakan pengurus di kem tersebut di mana beliau bertanggungjawab untuk menunjukkan dan memberi panduan tentang cara-cara yang betul untuk melakukan amali sembelihan. Beliau telah menunjukkan demonstrasi sebelum diikuti oleh para peserta. Para peserta melaksanakan amali sembelihan ini mengikut kumpulan yang telah dibahagikan dan setiap kumpulan mendapat 2 ekor ayam untuk disembelih. Kebanyakan kumpulan berjaya melaksanakn amali tersebut walaupun terdapat seekor ayam yang tidak berjaya disembelih dengan sah. Melalui amali sembelihan ini para pelajar dapat menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang sembelihan yang dipelajari di dalam kelas dan ia dapat memberi peluang kepada pelajar yang belum pernah menyembelih ayam untuk mencuba sendiri pengalaman tersebut. 

Peserta perempuan sedang menjalani amali sembelihan

Kemudian, setelah semua ayam berjaya disembelih, setiap kumpulan dibekalkan dengan baldi mengandungi air panas untuk aktiviti selanjutnya iaitu pertandingan mencarik bulu ayam. Melalui pertandingan ini, kerjasama dalam kumpulan merupakan aspek paling penting yang diambil kira di samping aspek kebersihan dan masa. Para peserta juga secara tidak langsung telah didedahkan dengan cara-cara untuk mencarik bulu ayam dengan betul dan mudah di samping dapat saling berkomunikasi dan berkenalan dengan lebih rapat antara ahli kumpulan masing-masing. 


Pertandingan mencarik bulu ayam sedang dijalankan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan