Sabtu, 9 April 2011

TUJUAN PENGANJURAN PROGRAM AMAL ISLAMI 2010-2012

  • Mewujudkan satu komuniti pelajar Kolej MARA Banting yang bukan sekadar mengetahui tetapi mampu mempraktikkan ilmu yang dimiliki terutamanya berkaitan dengan hukum halal dan haram seperti sembelihan.
  • Mengeratkan ukhuwah antara pelajar-pelajar Kolej MARA Banting yang terdiri daripada gabungan empat buah kelas melalui aktiviti-aktiviti yang memerlukan komunikasi dan kerjasama yang erat antara satu sama lain.
  • Memberi peluang kepada para pelajar untuk menyertai aktiviti yang dirancang dan diuruskan sendiri sepenuhnya oleh pelajar di samping membentuk sikap berdikari dan mencungkil sifat kepimpinan dalam diri pelajar.
  • Menunjukkan kepada pelajar tentang cara sebenar Islam berfungsi dalam kehidupan seharian sekali gus membuktikan bahawa Islam itu adalah agama yang syumul dan mudah dipraktikkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan