Sabtu, 9 April 2011

PENGENALAN



Program Amal Islami merupakan satu program yang wajib disertai oleh semua warga Kolej MARA Banting yang beragama Islam dan diadakan oleh pelajar tahun satu pada semester kedua. Sebanyak dua puluh peratus markah akan diambil daripada program ini untuk markah akhir semester dua bagi subjek Agama Islam. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh gabungan pelajar daripada beberapa buah kelas dengan bantuan penasihat yang merupakan pensyarah bagi subjek Agama Islam di kolej ini. Terdapat beberapa amali wajib yang harus dilaksanakan bagi menjayakan program ini dan antaranya ialah amali sembelihan, qiamullail, solat jemaah, tazkirah dan pengurusan jenazah. Program ini  bertujuan untuk melahirkan insan-insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi ilmu akademik tetapi juga ilmu agama. Tidak dinafikan bahawa para pelajar sudah mempunyai ilmu pengetahuan tentang perkara-perkara tersebut namun proses amali sangat penting untuk mendedahkan para pelajar cara yang betul untuk mengendalikannya dan seterusnya memudahkan mereka untuk mempraktikkannya di luar negara kelak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan