Ustaz Abdul Jamir sedang memberi sedikit tazkirah berkaitan pengurusan jenazah kepada para peserta
Pengurusan jenazah bermula setelah selesai solat sunat dhuha pada hari kedua program dan merupakan aktiviti terahkir sebelum program berakhir. Pada mulanya kami mengalami sedikit kesulitan kerana pegawai yang seharusnya memberikan taklimat pengurusan jenazah tidak dapat menghadirkan diri kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Namun, setelah beberapa orang ustaz lain cuba dihubungi, akhirnya guru subjek kami sendiri iaitu Ustaz Abdul Jameer sanggup menggantikan sesi pengurusan jenazah tersebut walaupun sesi ini bermula agak lewat. Pengurusn jenazah dimulakan dengan tazkirah pendek oleh ustaz mengenai kepentingan kemahiran pengurusan jenazah, tidak terkecuali bagi pihak perempuan. Kemudian sesi diteruskan dengan demonstrasi memandi dan mengkafankan jenazah dengan seorang pelajar lelaki menjadi model di hadapan. Semua peralatan mandi dan mengkafan disediakan dengan lengkap, namun upacara memandikan jenazah tidak dapat dilakukan dengan sebenar kerana kekurangan masa. Walaupun sesi ini dijalankan dengan agak pantas, namun para peserta telah sedikit sebanyak didedahkan dengan cara yang betul untuk menguruskan jenazah terutamanya apabila sesi soal jawab dibuka kepada para peserta.



Sebahagian daripada amali-amali yang telah dilakukan sepanjang sesi pengurusan jenazah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan