Sabtu, 9 April 2011

KESIMPULAN

Bagi program Amal Islami yang dirancang oleh gabungan kelas M10A, M10B, E10A dan M10E, tema yang telah dipilih ialah TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI, NESCAYA IA AKAN TERTEGAK DI MUKA BUMI. Tema ini bermaksud setiap umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan ajaran Islam dalam diri masing-masing bagi membina individu muslim yang akan menjadi asas kepada pembentukan ustaziatul alam di mana Islam tertegak kukuh di muka bumi. Tema ini bersesuaian dengan semua aktiviti yang bakal dijalankan semasa program ini di mana kami cuba untuk mempraktikkan segala ajaran Islam dalam kehidupan seharian, sekali gus cuba menegakkan hukum-hukum Islam dalam semua perkara yang lazim dilakukan dalam kehidupan.  Semua pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan Islam dengan lebih terperinci dan mendalam berserta cara-cara mengendalikannya agar ajaran Islam dapat tertegak kukuh  dalam diri individu di dalam kolej sebelum ianya diperluaskan ke seluruh umat Islam di negara ini bahkan di seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan