Sabtu, 9 April 2011

SIMULASI PERANG BADAR

Aktiviti ini dijalankan selepas program LDK yang dikendalikan dalam dewan di mana para peserta telah berkumpul. AJK yang mengendalikan simulasi ini adalah Fuad dan Faiz. Sementara mereka menerangkan peraturan serta perjalanan simulasi ini, para AJK lain sedang bersiap sedia mengikut bahagian yang telah diberikan.
Para peserta sedang bersiap sedia untuk menjalani simulasi Perang Badar

Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diasingkan antara perempuan serta lelaki. Kumpulan 1, 2, 3 dan 4 digabungkan menjadi kumpulan A manakala kumpulan 5, 6, 7 dan 8 dijadikan kumpulan B. Objektif permainan ini adalah untuk mencari harta karun yang disembunyikan oleh AJK. Kumpulan A dan B hendaklah melantik seorang wakil yang akan dibawa ke tempat persembunyian harta karun itu dengan mata tertutup. Oleh itu, antara klu yang boleh didapati hanyalah lanskap sekitar tempat persembunyian itu. Setelah dibawa ke tempat harta karun, mereka dikembalikan ke dewan untuk memberitahu ahli kumpulan masing-masing. Bagi ahli kumpulan yang lain pula, mereka dikehendaki mencari harta karun dan pada masa yang sama, setiap kumpulan dibekalkan belon dipenuhi air tepung supaya dapat mempertahankan diri daripada pihak lawan.


Pembahagian markah bagi simulasi ini adalah seorang ahli kumpulan yang telah dikenakan belon bernilai sebanyak 20 markah. Terdapat juga seorang antara meraka yang dipilih oleh para AJK untuk dijadikan sebagai ‘target’ di mana jikalau ianya dimatikan oleh belon, maka kumpulan lawan mendapat 50 markah. Ahli-ahli kumpulan yang telah dimatikan tidak boleh lagi menyertai permainan ini dan dikehendaki pulang ke dewan. Manakala, bagi kumpulan yang menemui harta karun itu, mereka akan diberikan markah sebanyak 100 markah. Permainan ini berakhir setelah mana-mana kumpulan menemui harta karun tersebut. Sesi refleksi diadakan selepasnya.


Simulasi Perang Badar ini menekankan kepada kejujuran masing-masing. Bagi ahli kumpulan yang telah dibaling belon dan dikira sebagai ‘mati’, mereka hendaklah mengakui kebenaran ini dan segera menarik diri dari permainan. Namun begitu, apa yang dilihat adalah terdapat juga antara mereka yang tidak bekerjasama dan meneruskan permainan walaupun telah ‘dimatikan’. Selain itu, simulasi ini mengajar para peserta supaya berhati-hati semasa berlawan dan tidak membazir peluru (belon) yang telah diberi tetapi pada masa yang sama, mereka hendaklah berani meninggalkan kawasan atau ‘base’ mereka untuk berjuang dan mencari harta karun yang tersembunyi itu. Di samping itu, simulasi ini mengingatkan kembali kepada para peserta sejarah peperangan dalam Islam dan bagaimana umat Islam dahulu berjihad menegakkan syariat serta ajaran Islam tanpa ragu-ragu dan dengan penuh kepercayaan kepada Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan